Bismillahir Rahmaanir Raheem Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera
Antara kelebihan menutup aurat
1. Bila menutup aurat dengan memakai stokin dan handsocks dapat menghindari cahaya matahari daripada kena pada kulit. Kulit tidak akan hitam dan juga terbakar. Selain itu, jika ada aib (luka / parut) di lengan atau kaki, tidak lah ditunjuk pada ajnabi dan diri tidak malu dikutuk oleh orang.
2. Bila memakai pakaian menutup aurat yang tidak ketat dan tabaruj, tidak akan di ngorat oleh sang lelaki yang nafsunya sentiasa membuak bila jumpa perempuan. Kadang kala lelaki lebih menghormati mereka yang menutup aurat lebih daripada yang seksi. Tidak lagi bunyi bunyi tikus didengari bila menutup aurat dengan baik.
3. Bila menutup kepala dengan baik (tudung yang labuh), akan terhindar daripada debu yang berada di luar rumah seperti habuk dan sebagainya. Ada pakar doktor memberitahu, menutup kepala dengan sempurna (menutup aurat dan tutup dada) akan terhindar daripada debu. Rambut wanita mudah terkena debu debu. Sebab itu ramai yang ke saloon hanya untuk mencantikkan rambut. Sedangkan menutup aurat itu lebih baik daripada tidak menutup aurat. Jimat wang dan rambut sentiasa terpelihara.
4. Bila menutup aurat dengan sempurna, akan terhindar daripada penyakit kulit jua. Sekarang terlalu banyak penyakit yang jarang ditemui dan sebab ini lah di suruh menutup aurat untuk menghindari penyakit seperti penyakit kulit.
Banyak lagi sebenarnya kelebihan menutup aurat dan ini hanya sedikit sahaja. Jangan malu menutup aurat, jangan malu digelar ustazah. Itu panggilan mulia dan hanya yang 'mahal' berhak dapat panggilan semulia itu. Wallahualam.

Azab kepada yang tidak menutup aurat
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).
2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.
Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.
CipCopCip : cara lagi mudah kita pakailah jubah yang longgar ,tak membentuk & ada pin pada lengan, tudung labuh & pakai sarung kaki easy right, kalau panas tak apa lama2 nanti biasa :-) InnSyaAllah
like..
ReplyDelete