Sunday, September 22, 2013

Adab Berkawan *nota ringkas*

Bismillahir Rahmaanir Raheem Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera

Jom mengulangkaji tajuk adab berkawan *tingkatan 1*


Konsep Pergaulan Menurut Islam

  • Setiap manusia memerlukan kawan bagi memenuhi tututan hidup.
  • Kawan ialah orang yang selalu berdamping dengan kita selain kaum keluarga.
  • Kawan menjadi tempat seseorang meluahkan rasa hati dan masalah yang dihadapi. Ini menyebabkan kawan bolah mempengaruhi kehidupan seseorang.
  • Allah S.W.T. menggalakkan umat Islam megutamakan rakan seagama. Hal ini demikian:
  1. Untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam;
  2. untuk mengeratkan silaturahim;
  3. untuk saling tolong menolong dan berkerjasama;
  4. kerana rakan yang baik mendorong kepada perkara kebaikkan.
Adab-Adab Berkawan

  • Sentiasa memberi salam ketka bertemu dan berpisah.
  • menjaga percakapan daripada menyakiti kawan.
  • saling nesihat-menasihati pada perkara kebaikkan.
  • Jujur dan ikhlas dalam berkawan.
  • Sentiasa bersangka baik terhadap kawan.

Ciri-Ciri Kawan Yang Baik
  1. Taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T..
  2. Berakhlak mulia dalam pergaulan.
  3. Berilmu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki.
  4. Menjaga maruah kawan.
  5. Menjadi contoh baik kepada kawan-kawan.
  6. Menerima teguran dan nasihat dengan baik.
  7. Sanggup berkorban untuk membantu kawan.

Kelebihan Berkawan dengan Orang Baik
  1. Taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T..
  2. Dikasihi dan dihormati oleh masyarakat.
  3. Dapat mencegah perbualan mungkar.
  4. Dikasihi dan diradai oleh Allah S.W.T..
  5. Dapat mencontohi kebaikannya.
  6. Mendidik jiwa menjadi orang yang bak.


No comments:

Post a Comment