Thursday, December 4, 2014

Mimpi (Dream)

Assalamualaikum, so holiday is here so tak tau la nak buat apa masa cuti ni, 1st plan ingat nak masuk madrasah, tapi bila tengok mak nak masak untuk madrasah lelaki dalam porsi 50 orang lepas tu nak layan kerenah adik kecik sorang ni, so hmm bila fikir balik better duduk rumah jaga adik sebab macam dah susahkan mak pulak..

So sementara cuti ni dan  tunggu result PT3 keluar, pukul 6 pagi masak sarapan, dh siap sarapan hantar, lepastu pulak masak untuk tengah hari, dah hantar tu tidur pulak, dh tidur masak untuk petang lepas tu hantar dah selesai, dalam masa yang sama buat kerja sambil itu main-main la dengan adik, bila malam dah tiba Wanie tak ada la tidur cepat sangat sebab tengah hari tu dah tidur, malam tu pulak mimpi macam-macam nak kata mimpi merapu ada la cikit, tapi buat tak tau je sebab mimpi bukannya betul right..??

1st mimpi ambil result PT3, tak menyeramkan pun sebab dalam mimpi tu result semua okay walaupun 1A pun tak ada, yang ada result semuanya B,C tu jelah,2nd bunuh ular, haa mimpi ni pelik sikit, dalam mimpi tu Wanie tengah makan dengan family di kedai, masa tengah makan tiba-tiba pulak ada ular sebabkan tak nak kena patuk dengan ular kena la bunuh ular itu, yang peliknya Wanie bunuh ular tu dengan cara pijak kepala ular tu sampai hancur, banyak pulak tu. 3rd, haa mimpi yang ini lagi menyeramkan hahaha tapi kalau bagi orang lain mimpi ini sangat indah dan bla bla bla.. *mimpi kawin, naik atas pelamin * hahaha seram tuu walaupun kawin tu halal dan boleh mengelakkan zina tetapi tanggungjawabnya??? It's too big..!!

Anyway it just a dream, mainan tidur bukannya petanda, betul tak..?? Kadang-kadang je  ada mimpi yang betul so whatever laa..

CipCopCipwalau apa pun yang terjadi kita haruslah bersedia dan redha.. okay sekian Assalamualaikum

= ̄ω ̄=

Saturday, October 18, 2014

Lepas Exam

Assalamualaikum, sekarang Wanie baru sahaja habis exam PT3 It's kinda hard for me & my friends memang la sebab soalan KEBAT..

Anyway kalau dapat keputusan redha jelah sebab itulah yang kita lakukan semasa kita ulang kaji. Kalau kita ulang kaji sampai tahap over sangat dan semuanya masuk otak InnSya Allah dapat A pnya la.

So lepas exam petang tu keluar la pergi riadah dengan kawan-kawan dekat padang, pergi saja-saja main dekat tasik yang berdekatan..

Saturday, September 6, 2014

Say something...

Assalamualaikum fuhh dah lama tak update something yang baru dekat blog nih hehe rasa rindu pulak.. Yelah sebabkan saya nie tingkatan 3 ada la exam

Tips dari saya kepada pelajar PT3 :

1. solat jangan tinggal, ketika sujud niat supaya Allah bukakan mata untuk belajar.

2. solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat tahajud, dan yang penting solat sunat hajat.

3. hormat mak ayah, cikgu dan orang sekeliling, jangan pernah sesekali meninggikan suara kepada mereka dan jangan sombong.

4. jaga pemakanan; jangan makan makanan seperti keropok yang berperisa seperti meggie, keropok. makanan yang ada semut. kepala ikan. makan sesuatu yang masam seperti asam buah, mangga masam.

5. jangan membazirkan masa; kurangkan hiburan (boleh layan television tapi jangan 1 hari tu 5 jam), kurangkan Facebook, WeChat dan sebagainya.

CipCopCip : humm itu jelah yang ingin disampaikan semoga berjaya all of the 1st batch of PT3

Saturday, May 31, 2014

Adab menjaga harta sekolah

Tanggungjawab menjaga harta sekolah

1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah.

2. Harta sekolah ialah segala peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan proses pendidikan di sekolah.

3. Antara harta atau peralatan sekolah termasuk :

(a) buku teks;
(b) komputer;
(c) meja dan kerusi;
(d) kemudahan asrama;
(e) kemudahan asrama;
(f) tong sampah;

4. Pelajar yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. sentiasa memastikan harta sekolah yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat.


Cara menjaga harta sekolah

1, Menggunakan harta sekolah dengan baik dan cermat.
2, Menyimpan kembali barang yang digunakan ke tempat asal.
3, Menjaga harta sekolah seperti mengaja harta sendiri.
4, Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru dengan segera.
5, Berkerjasama membaiki peralatan yang rosak.

Faedah menjaga harta sekolah

1, Proses pengajaran dan pembelanjaran berjalan dengan baik dan selesa.
2, Harta sekolah tersebut dapat digunakan oleh pelajar lain.
3, Memberikan imej baik sekolah.
4, Memberikan semangat kepada pelajar untuk datang ke sekolah.
5, Meningkatkan prestasi akademik pelajar.
6, Menjimatkan kos perbelanjaan untuk memperbaiki harta sekolah yang rosak.

Akibat tidak menjaga harta sekolah

1.  Menimbulkan masaalah kepada pihak sekolah.
2. Pelajar tidak dapat belajar dengan selesa.
3. Prestasi pelajar terjejas.
4. Pihak sekolah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk menggantikan peralatan sekolah yang     rosak.
5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang tidak ceria.
6. Memburukkan imej sekolah dan warga sekolah.

Friday, May 30, 2014

Perfect (sesuai)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, huhu dah lama tak update post baru dekat blog nih rindu pulak hehe...

Kita sebagai manusia mestilah ada buat kesalahan, kesalahan kecil kesalahan besar, kadang kesalahan kecil kita buat pun kita tak sedar tapi kesalahan kecil tulah yang membuat orang berasa sakit hati dengan kita, kesalahan besar contoh hutang tak dapat langsai dan macam-macam lagi

Untuk pengakuan saya mengaku saya telah membuat kesahalah kecil
1, Saya berperangai tak matang
2, Saya membuat orang lain berasa sangat benci dengan saya

Apa yang saya dapat atas kesalahan di atas??
Saya dapat berjumpa dengan FAKERS yang menyamar menjadi HizamiLi dari blogger Budak Lelaki Sebelah Pintu soo i don't really want to tell this story, i was really upset about it, I thought it was the real Hizami but it wasn't...

Setiap kesalahan pasti ada balasannya, orang membencikan diri saya, saya mendapat kutukan yang bermacam2 dan cara menyakitkan hati perasaan yang amat sangat sakit..

CipCopCop : saya tak perfect macam awak semua, saya adalah diri saya...

Wednesday, April 9, 2014

Adab Membaca Al-Quran

Kewajipan beradap pada Al-Quran


  1. Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W.
  3. Orang yang membaca Al-Quran mendapat gangaran pahala dan rahmat Allah S.W.T.
  4. Al-Quran menjadi petunjuk manusia ke jalan yang benar dan diredahi oleh Allah S.W.T..
  5. Setiap orang Islam wajib menjaga adab-adab membaca Al-Quran sama ada sebelum, semasa, atau selepas membacanya
Adab membaca Al-Quran

1.Adab-adab Sebelum membaca Al-Quran
  • niat kerana Allah S.W.T
  • berwuduk
  • bersugi
  • memakai pekaian yang bersih
  • menutup aurat
  • duduk dengan sopan dan tertib
  • menghadap kiblat
  • meletakkan Al-Quran di tempat yang bersih dan tinggi seperti atas rehal
2.Adab-adab Semasa membaca Al-Quran
  • memulakan bacaan dengan isti'azah dan basmalah
  • membaca dengan penuh khusyuk
  • membaca dengan suara yang elok 
  • membaca dengan hukum tajwid 
  • berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca
  • melakukan sujud tilawah selepas membaca ayat sajadah
  • mengambil pengajara daripada apa yang dibaca
3.Adab-adab Selepas membaca Al-Quran
  • membaca doa setelah selesai membaca Al-Quran
  • mencium dan mengucup Al-Quran
  • membawanya dengan tangan kanan dengan penuh hormat
  • meletakkan Al-Quran di tempat yang sesuai
  • mengamalkan segala isi kandungan yang dibaca dan meninggalkan segala larangannya
Implikasi mengabaikan adab membaca Al-Quran
  1. Memdapat kemurkaan Allah S.W.T.
  2. Tidak dapat memahami isi kandungan Al-Quran yang dibaca
  3. Tidak membebri kesan pada hati pembaca
  4. Tidak mendapat keberkatan 
  5. Kurang pahala
  6. Tidak mendapat syafaat Al-Quran di akhirat
Hikmah membaca Al-Quran dengan beradab
  1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T
  2. Mendapat keberkatan dan keradhaan Allah S.W.T
  3. Mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa
  4. Dapat hayati ayat-ayat yang dibaca
  5. mendapat syafaat daripada Al-quran pada hari akhirat kelak

Saturday, March 8, 2014

why I'm crying

Assalamualaikum & hi , so tomorrow is 9th March & i'm turning 15 years old, hari ini Wanie nangis bukan sebab penat atau stress just fikir akan kesalahan yang telah Wanie lakukan and i'm thinking sempat atau tidak untuk Wanie kejar kerjaya yang Wanie impi-impikan dan apa yang mak & ayah Wanie telah ajarkan dan apa yang mereka telah berikan but apa yang Wanie bagi dekat mereka berdua??

Mak & Ayah, Mak walaupun mak garang mak tetap cantik bagi Wanie, semua perkara yang mak marah dekat Wanie semuanya benda salah yang Wanie pernah buat, mak bersusah payah jaga Wanie,Ali & Rayyan, selalu memberi nasihat untuk memperbanyakkan belajar, mak masak sedap "Mak halalkan susu yang telah mak berikan kepada Wanie masa Wanie kecil". Ayah seorang yang kacak tetap jadi hero di hati Wanie, walaupun ayah buta ayah tetap bersungguh-sungguh mencari nafkah yang halal untuk kiteorang sebulan seminggu kita dapat berkumpul, Wanie ingat lagi masa ayah demam sampai mengigil Wanie menangis & ayah masih kuat lagi untuk peluk Wanie dan tenangkan Wanie "Ayah halalkan pakaian yang telah ayah berikan kepada Wanie" Sempatkah Wanie melihat Mak & Ayah pada masa yang akan datang??Dapatkah Wanie meluangkan masa dengan Mak & Ayah dengan pergi jalan-jalan?? Sempatkah Wanie menunjukkan keputusan exam yang baik?? Sempatkah Wanie membawa Mak & Ayah ke Tanah Suci??
"Ya Allah panjangkanlah Umurku dan umur kedua ibu bapaku" -Ameen-



CipCopCip: hadiah tidak penting bagiku tetapi ibu bapa yang sangat penting bagiku...

Wednesday, March 5, 2014

Imam Muda

Assalamualaikum & hi, soo bulan lepas dekat sekolah ada ceramah dari imam muda Fattah , tajuk yang disampaikan "Generasi Baru Cabaran Baru" bila masuk generasi baru masuk la banyak perkara baru contoh yang pertama teknologi

Sekarang kebanyakkan orang mempunyai smart phone, adalah budak darjah 3 *rasa-rasanya* dia mempunyai smart phone ayah dia sangat sedih SEBAB banyak benda2 yang tak sepatutnya ada dekat smart phone tu, kesian ayah dia..

Yang ke 2 Internet , internet nie banyak cabang2nya ada laman sosial atau SoSial itu yang bahaya...
lagi2 Facebook ada yang post macam2, ada yang post "fuhh kenyangnye makan rase macam sakit perut pulak" ish nk pergi toilet pergi jelah tak usahlah nak kongsi2 dekat facebook "urghh lapar la pulak" Kalau lapar tak usah la tulis status sampai bila boleh kenyang lebih baik pergi masak lepastu terus makan habis cerita tak payah nak kepohh

Yang Terakhir bila bergambar *bagi kaum hawa* jangan nak muncungkan mulut, lipat2 tudung style pelik2 erghh macam perempuan murah..

Akhir kata for girls nak jadi murah duduk jelah dekat jalan yang sama tuh, nak jadi mahal berubah la, jangan biarkan lelaki sentuh kita, aurat sentiasa kena jaga, percakapan pun kenalah jadi lebih sopan..


Tips untuk kawal laman sosial

  • Unfriend-Budak batak hot/like, yang tak kita patut kawan, gedik
  • Unlike-page yang dedah aurat, artis2 & whatever yang pelik2
  • Delete-gambar yang agak gedik, senang citer delete semua gambar kita
  • Like Page-Imam Muda, Ustaz2,Ustazah pilihan , dakwah & all Islamic study page
CipCopCip : saya sudah anda bila??

Wednesday, February 19, 2014

Kali ke 2

Assalamualaikum & hi, tahun lepas Wanie memang ada cerita tentang hampir dilanggar dengan lorry sampah masa itu memang bawak motor sorang2, tapi kali nie lain citer Wanie OTW nak pergi hantar kawan Wanie(Siti Najihah) dalam perjalanan nak masuk ke tempat yang agak tinggi sikit dan kebetulan tempat tu memang simpang, soo masa Wanie nak turun tempat itu kedudukan motor agak ke kanan *memang la tempat tu orang kurang keluar masuk* tiba2 ada motor yang ditunggang oleh seorang lelaki berhelmet merah, memakai baju kemaja merah, umur dalam lingkungan 20an, nasib baik Wanie terus elak ke kiri fuhh Alhamdulillah tak langgar ^_^


CipCopCip : moralnya kalau kita membawa kenderaan kita kenalah sentiasa memandu pada arah kiri kita

Sunday, February 16, 2014

wanna be just like...

Assalamualaikum and Hi soo topic kali nie "wanna be just like.." Nik Nur Madihah . Who is she?? Beliau ialah pelajar cemerlang SPM 2008 20A WoW nak sangat jadi macam beliau, cabaran hidupyang diahadapi sangatlah susah ,beliau datang dari sebuah keluarga nelayan yang hidup susah
rumah yang sangat kecil tetapi itu bukanlah halangan bagi mencapai kejayaan beliau...

kalau nak tahu lebih lanjut tetang beliau belilah buku
CipCopCip : saya pun nak jadi macam beliau 

Sunday, February 9, 2014

Creative or not..

Assalamualaikum & hi, soo blog Wanie nie tak berapa popular sangat.. sebab....... tau la citer yg Wanie tulis semuanya tak syok sangat, anyway apa yang Wanie nak citer nie about pasal promote blog... Nak peromote dekat siapa??? kalau promote dekat semua classmate diorang bukannya nak tengok huhu :-(, so masa Wanie buat buku skrap sains yang mempunyai isi kandungan ''Amalan mengekalkan udara yang bersih'' wanie edit la gambar jadi macam nie


CipCopCip : harap2 ada orang perasan email blog tuhh...

Friday, January 31, 2014

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum & Hi , soo today is Chinese new year . Setiap tahun mereka(Chinese people) akan menyambutnya tak kesah dengan la Malay or Indians , but adakah selain dari Chinese yang menyambut tahun baru cina itu faham apa ertinya yang mereka buat??

Mereka menyambut tahun cina sempana agama & kegembiraan mereka, ada sebuah kisah yang pernah saya pernah dengar tentang sambutan tahun baru cina dari Cikgu Ng, saya nie sebagai seorang remaja melayu memang tak tahu mengapa mereka sambut serba merah & mercun



So ceritannya ada sebuah perkampuang di China *cikgu tak bagi tau nama* mereka hidup dengan serba senang, suatu hari ada makhluk yang sangat menggerunkan lapar ia pergi ke perkampuangan berkenaan, masuk ke rumah No. 1 lalu menggigit dan memancutkan darah orang yang tinggal di rumah berkenaan pada pintu depan rumah. Keesokkannya ramai penduduk tidak terlalu risau akan tragis yang berlaku, pada malam itu makhluk yang menggerunkan itu kembali ke kampung berkenaan dan lagi sekali ia menggigit dan pancutkan darah di pintu depan rumah *tapi rumah orang lain la pulak* , keesokkannya itulah baru penduduk kampung berasa takut tetapi tiada apa yang mereka lakukan, hari demi hari ramai keluarga jadi korban makhluk itu, lepas itu ada seorang pemuda yang nak balik ke rumah dia pada malam hari dia perasan ada makhluk yang mengerunkan, lalu pemuda itu menyorok di antara pokok2, dia melihat makhluk itu langsung tidak masuk ke rumah yang di pancutkan darah itu. keesokkan harinya pemuda itu menceritakan dan menyuruh semua penduduk mengecat rumah mereka dengan cat berwarna merah. Pada malam berkenaan makhluk itu kembali ke perkampungan berkenaan dengan rasa seronoknya, apabila makhluk itu melihat semua rumah di perkampungan lalu makhluk itu tunggu dengan harapan ada orang lalu. Memang ada orang lalu tapi orang berkenaan memakai baju berwarna merah, so makhluk itu ingat orang itu dah mati *sebab baju merah* jadi dengan rasa hampa dan lapar makhluk itu pulang, dalam perjalanan pulang terdengar satu letupan *mungkin gas masak meletup* makhlur berkenaan lari lintang pukang sebab takut. Akhirnya perkampungan itu hidup dengan aman balik.The End

CipCopCip: itu lah ceritanya tetang sambutan tahun baru china

Wednesday, January 8, 2014

Ambition

Bismillahir Rahmaanir Raheem Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera

Cita-cita Wanie nak jadi dokter haiwan, ianya bukan sebab gaji yang tinggi atau sebab nampak smart tapi ianya sebab Wanie prihatin dengan haiwan jalanan, macam kucing & anjing. Anjing?? Yep walaupun ianya dianggap sebagai najis tapi kita boleh samak samalah dengan khinzir, tapi kalau kita*kaum hawa* sentuh kulit lelaki dengan saja-saja/mengada2 mana boleh samak & kita lagi dapat dosa. 

back to the topic, sebab yang ke 2 sebab diakhirat kelak kita akan dibantu balik oleh haiwan yang kita pernah tolong, kan best macam tu.

okay sebab yang ke 3 :

SubahanAllah comel sungguh ciptaan Allah

This is why i want to help them

before they :
AND PLEASE STOP ANIMAL ABUSE


CipCopCip : tolonglah berbuat baik dengan haiwan mereka sama dengan kita mempunyai persaan dan sebgainya tapi haiwan tidak mempunyai akal seperti kita, soo be nice with animals :-)

Friday, January 3, 2014

My 1st & 2nd day in school in 2014

Bismillahir Rahmaanir Raheem Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera

huu tahun nie Wanie jadi AJK pelajaran *I know ianya tak penting* then tahun nie wanie form 3, so tahun nie kiteorang ada PBSMR but some teacher said there's PMR so nak tak nak jadi mangsa keadaan kenalah ready & ulang kaji pelajaran. 
Stress tu memang la stress siapa tak stress buka sekolah terus otak kita kena terima semua Bab & pelajaran...

Friends?? Hmm diorang semua buzy sesama masing2 cerita tentang cuti, playboy itu suami aku & many more, how about me??? hmm Wanie itu jelah duduk dengan Hanani belajar sendiri. Focus sangat samapai tak ada siapa yang perasan yang Wanie ada dekat kelas haha. 



CipCopCip : sometimes i felt tire & sometime i felt so lonely :-(